Friday, August 8, 2008

Info - Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka,beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktivitisaraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Friday, June 27, 2008

Sekadar renungan.... ..

Bismillahirahmanira him,,,,
Aku duduk termenung mengenangkan nasib dan masa
depanku,,,, di malam yang hening dengan cerah dan terang cahaya
purnama,, melihat pada purnama seakan-akan ada seorang yang sedang
solat ( duduk antara dua sujud) dalam purnama. Itulah keindahan bulan
cipta yang Maha Esa yang sememangnya tidak dapat untuk ditandingi oleh
ciptaan akal fikiran manusia yang kerdil. Di samping sang purnama aku
memaling pula pada si bintang-bintang yang ingin ku hitung namun tak
berdaya untuk aku temui jawapan yang setepatnya. Aku berfikir
semula,,, adakah manusia yang dapat menghitung bilangan bintang? Hati
memberontak seketika… mustahil! Mustahil! Sememangnya tidak akan ada
manusia yang dapat menghitungnya. Onak ku bertanya,,,, dimana semua
kecangihan teknologi ciptaan manusia?? Dunia kini boleh dihubungkan
hanya dihujung jari,, takan tak da teknologi yang secangihnya untuk
mengira bilangan yang tepat. Sedangkan para pelabur dengan cepat dan
pantasnya
boleh mengira indeks2 saham yang setiap saat akan berubah.. Inilah
kuasa tuhan,, bila satu persatu kita menghitung kuasa tuhan..
sememangnya tidak ada yang dapat menandingi ciptaan-Nya. Begitulah
cangihnya ciptaan tuhan. Manusia mencipta kapal dan dapat terbang
dengan menggunakan bermacam macam alat. Namun burung yang sekerdilnya
hanya dengan sepasang sayapnya sudah jauh boleh merantau, si nyamuk
juga yang sekecil kecilnya dengan bangga nya dapat terbang.Maka sebab
itulah semua manusia akan berkata dan mengakui bahawa tiada insan pun
yang dapat menandingi setiap ciptaannya…
Namun,, jiwaku mula tidak tenteram memikir nasib dan masa depanku..
manusia percaya bahawa adanya tuhan dan mengakui kuasa tuhan cukup
hebat.. namun, itu hanya sekadar bualan kosong semata-mata. Manusia
hari makin hari masing2 sentiasa mengejar-gejar dan berlumba-lumba
untuk jadi yang terhebat dan paling agung. Sedangkan kita yakin bahawa
TUHAN itu Maha Agung, tapi mengapa manusia ingin merampas kuasa
tuhan?? Manusia sanggup bergaduh, bertumbuk, memaki hamun, malah
sanggup membunuh, perang senjata dan banyak macam lagi,, semata-mata
inginkan kehebatan dan ke agungan dari manusia. Tidak ka kita lihat
betapa musnahnya Iraq oleh kaum Amerika dan sekutunya, palestin yang
musnah oleh yahudi, kini iran pula jadi sasaranya. Kita selalu berkata
dengan bersemangat untuk memusuhi kaum2 yang saling menghancurkan umat
semasa manusia.. namun apa yang boleh kita buat?? Alasannya kita jauh
dan sangat jauh dengan mereka.. cukup ke hanya sekadar doa kita hulurkan
pada sahabat dan saudara kita yang di aniaya ini? Sampai bila
keaadan ini berkesudahan? Kita seolah-olah sudah tiada kekuatan untuk
bangkit dan melawan mereka-mereka ini yang sangat sangat zalim. Ini
lah akibat bila mana manusia itu inginkan kehebatan dan keagungan.
Sifat kebinatangan, malah lebih teruk daripada bintang sudah di anggap
lumrah hidup dengan mereka. Maka, sedarlah kita insan yang kerdil ini
tidak akan dapat menandingi sifat yang ada pada tuhan.. Tidak mugkin!
Dan tidak akan MUNGKIN!,,, sekuat mana kita, sesengguhnya tuhan lebih
kuat, sehebat mana kita tuhan lebih hebat, seagung mana kita tuhan
lebih agung. Itulah manusia…..

Bila merenung sang purnama,, tiba-tiba awan menutupinya, , cahaya
purnama gelap seketika. Hati mula bertambah gelisah.. memikirkan nasib
dan masa depanku. Sesuguhnya tuhan itu maha berkuasa. Jika DIA
inginkan sesuatu, maka jadilah., hari ini kita sering di lihatkan
bencana-bencana yang sangat dasyat. Bermula dengan nama si manis
TSUNAMI, kemudian di ikuti gempa, satu persatu letusan gunung berapi,
bermacam-macam banjir ada banjir kilat, banjir hujan, banjir lumpur,
taufan, ribut, selesema burung, dan bermacam-macam ancaman dari tuhan
telah berlaku. Indonesia sahaja mencatatkan lebih 200 ribu penduduknya
mati akibat bencana alam untuk tempoh empat tahun ini. Tidak kurang
juga bencana-bencana yang melanda Malaysia bumi yang aman makmur
dengan adanya islam hadahri ini. TSUNAMI yang melanda acheh, kedah dan
perlis juga turut merasa bahangnya, ramalan banjir di pantai timur,
selatan yang tak pernah banjir akhirnya tenggelam bagaikan lautan.
Gempa di Sulawesi
Indonesia, tanah runtuh di Malaysia timur (Sandakan) juga terasa
kesannya. Selesai kes banjir, kemarau berpanjangan, padi tak boleh nak
tanam panas bagaikan terbakar di utara. Yang manusia tahu, hanya
sekadar mengeluh dan saling menyalahkan puak2. Rakyat yang simpati
pada mangsa kejadian,, maka menghulurkan derma dan bantuan. Namum ada
juga yang tak berhati perut mengekploitasi keadaan ini. Apa dah jadi
dengan manusia?
Melihat awan semakin menebal, sang purnama pun tak kelihatan. Suasana
semakin gelap. Agin mula bertiup, titisan air hujan mula turun… namun
aku tak berganjak kerna akan bersyukur dengan nikmat tuhan. Namun
hatiku bertambah gelisah dan aku masih memkirkan nasib dan masa
depanku.. walaupun sudah lama kita merdeka,, namun kita sebenarnya
masih terjajah. Terjajah dengan pemikiran, budaya, dan ekonomi. Bukan
kah kita sangat membencikan puak2 yang menghancurkan saudara-saudara
kita? Namun idea2, teori2 dan falsafah mereka yang kita guna dan kita
ajarkan pula pada anak bangsa kita? Nama nama separti Karl Marx,
Maslow, Herbeg, Markov, Darwin dan bermacam nama lagi kita akan temui
bilamana kita belajar membaca buku2 akedemik. Dimana nama Muhammad
s.a.w, Umar Al Khatab, Khalid Al Walid, Ibnu sina, Ibnu Khaldun, Ibnu
Rush dan ramai lagi tokoh2 yang hebat dan yang mengasaskan bermacam
teori, idea dan falsafah. Nama nama ini hanya kita temui bila membaca
kitab2
agama, namun bila belajar ilmu dunia ni.. tak da nama-nama mereka
yang di ajarkan pada kita. Maka sebab itulah kita akan sentiasa dan
akan di jajah selamanya selagi mana belajar ilmu barat ini. Malah
belajar ilmu fiqh, muamalat yang pula di ajarkan dalam bahasa
inggeris. Aduhaiiii…. (bukan mengeluh). Betapa ruginya generasi kita,,
apatalagi generasi seterusnya.. di mana keagungan bahasa kita?? bila
bersin,, “Excuses me”, handphone berbunyi “hello”. Bangga sangat ke
bila mana fasih berbahasa inggeris, bahasa penjajah ni??? lalu ada
berkata “ wei,, kalau tak tahu bahasa inggeris nanti jadi penganggur
tau!” aku tersentak seketika…. Aku pun tak mau juga jadi penganggur
ni,, nak juga berkerja. Nanti sapa nak sara isteri, anak-anak aku..
hati jadi kaku dan terus memikirkan hal ini.. lalu persoalan ini aku
lupakan kerana risau dan rasa hinanya diri ini..
Suasana semakin gelap, hujan yang hanya setitis dua tadi mula
bertambah banyak. gemuruh kedengaran kemudian disusuli petir sambung
meyambung. Hujan terus turun dengan lebatnya… lalu aku bergegas masuk
ke bilik. Setiba di bilik, aku melihat akan baju aku basah dan badan
aku bergetar kesejukan…aku mengambil kerusi dan duduk,, tiba-tiba
titisan air mata mengalir sampai ke pipi ku… betapa berdosanya aku,,,
betapa hinanya aku di sisi Mu Ya ALLAH. Aku alpa! Aku tak berdaya! Aku
lemah! Aku Jahil dengan agama Mu. Ya Allah. Megapa aku sanggup dan
masih membiarkan diri ini berada di dunia yang mana manusia sudah
tidak mengenal Mu, aku hanya membiarkan semua ini berlaku, aku tak ada
usaha pun nak merubahnya, aku hanya sekadar rehda denga keaadan yang
melanda umat manusia dengan sifat2 kebinatangan. Sedangkan ENGKAU ya
Allah memberiku sepasang tanggan, kaki, mata telingga, hidung, dan
lenggkap anggota badan serta akal untuk aku berfikir. Tapi di mana
peranan
dan tanggungjawab yang telah Engkau amanahkan pada aku?? Aku merasa
berat dan tidak berkayakinan untuk mengajak dan memberikan peringatan
pada mereka.. Ya Allah,, Ya Allah, Ya Allah, Berilah aku kekuatan
untuk itu, Ampunkanlah doss-dosa ku Ya Allah, selamatkan lah umat
Muhammad s.a.w daripada kezaliman yahudi,nasrani dan mereka yang ingin
menghancurkan kami Ya Allah. Sesungguhnya padaMu sahaja tempatku
berlindung dan memohon pertolongan. . maka perkenanlah doaku Ya Allah..
amin Ya Rabbal Alamin
Sekadar renungan.... ..

Monday, June 23, 2008

AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN

PENULIS: DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN
MUFTI KERAJAAN NEGERI PERLIS


Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan

haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau.

Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang

syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).

Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang

diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi

mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang

mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana

mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk

keperluan jihad.



Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa

berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir

itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.



Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab:



Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah

memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar

engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang

daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka

memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba

lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamha perempuanmu hanya memakai

baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah

lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu.

Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah

dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: 'Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi,

144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).



Saya suka dengan jawapan al-Imam al-Nawawi ini. Saya tahu, selepas ini banyak

forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televesyen akan memperkatakan

tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas

pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh

orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.



Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita

ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin

akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya

yang menerima anugerah- bercerita kepada makcik-makcik yang kusyuk menonton tentang

azab seorang yang membazir 'nasi lemaknya'.



Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal

sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk

pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada

2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar

kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.



Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang

pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah

membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula

mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang

dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah 'ceroi' akan ditukar kepada yang

warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan

pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah

mengubah gaya hidup mereka.



Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan

yang belum 'dijakimkan', "apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum

manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?".



Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu

menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka

terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.



Saya tidak mahu membicarakan tentang kenaikan harga minyak dari sudut perjalanan

ekonomi antarabangsa. Telah banyak pakar-pakarnya bicarakan. Tapi saya ingin

bincangkan tentang soal pembaziran dan jimat-cermat. Ya, memang Islam memusuhi

pembaziran. Bahkan al-Quran tidak pernah mempersaudarakan antara mana-mana pembuat

dosa dengan syaitan, melainkan mereka yang membazirkan.



Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya): "Dan berikanlah kepada kaum keluargamu,

dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau

membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu

adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada

Tuhannya". (Surah al-Isra: 26-27).



Demikianlah Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan. Kesan pembaziran sangat

besar. Lihat negara kita yang kaya dengan berbagai hasil. Sepatutnya kita akan tetap

kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ini dengan adilnya. Namun,

disebabkan pembaziran, harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun,

tetapi surut mendadak dalam masa beberapa tahun.



Maka, yang patut mendapat bantuan dan hak, tidak cukup untuk sampai kepadanya.

Barang keperluan pula bertukar menjadi mahal. Pembaziran memusnahkan kehidupan

rakyat bawahan dan menghalang hak yang sepatutnya sampai kepada mereka. Maka betapa

wajar untuk para pembazir itu dipersaudarakan dengan syaitan. Apatah lagi dalam

banyak keadaan, pembaziran itu lahir dari keangkuhan dan kesombongan. Sifat-sifat

itulah jua yang menjadi asas kepada kekufuran syaitan.



Soalannya, mengapakah apabila kita membicarakan tentang pembaziran, kita hanya

terbayang orang-orang bawahan di kampung ataupun bandar. Jika kita ingin meminta

supaya setiap warga negara ini berjimat dan jangan membazir, maka bermulalah

daripada atas. Bukan sekadar untuk 'mengenakan si miskin yang sekian lama telah

berjimat dan sudah tidak tahu apa yang hendak dijimatkan lagi. Mengapa kita hanya

terbayang rakyat yang berada dalam rumah persendirian dan berbelanja dengan wang

poketnya yang sudah lelah?



Kita sepatutnya terlebih meneliti semula bagaimana perbelanjaan yang menggunakan

harta negara dan rakyat yang sedang berjalan di istana-istana, kediaman-kediaman

rasmi kerajaan di peringkat negara dan negeri?. Apakah wajar di kala ini keraian

untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang

dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan

rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang

dimakan oleh 'orang biasa'.



Apakah patut di saat yang sebegini, ada istana atau kediaman rasmi menteri yang

hendak ditambahmewahkan? Apakah patut orang-orang besar ini diraikan dengan hiburan

atau pertunjukan dan konsert yang menelan puluhan ribu ringgit sempena sesuatu

kunjungan mereka. Wang itu, wang negara. Wang itu, wang rakyat.



Apakah dalam masa yang sebegini mereka masih mendapat peruntukan untuk bersantai,

bermain golf dan 'berhiburan' dengan menggunakan wang rakyat bawahan yang disuruh

menjimatkan nasi lemak dan air kopi mereka?. Pembaziran sebegini lebih rapat menjadi

saudara syaitan dibanding wang persendirian yang dibelanjakan.



Meminjam falsafah al-Imam al-Nawawi yang saya sebutkan tadi, jika orang atasan telah

benar-benar berjimat, maka wajarlah untuk dikurangkan subsidi rakyat. Al-Nawawi

telah dibuang negeri kerana enggan bersekongkol dengan perkara yang seperti ini.

Namun, jika itu tidak dilakukan, ulama bukan burung kakak tua.



Saya mengambil risiko menulis hal ini. Tanggungjawab di hadapan Allah lebih besar

daripada segala-galanya. Para ulama dahulu jauh lebih mulia, tidak dibandingkan

kedaifan saya ini. Pun mereka telah menunaikan tanggungjawab al-Amr bil Ma'ruf dan

al-An-Nahy 'an al-Munkar ini. Semoga Allah menimbang tinta para ulama dengan darah

para syuhada.



Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab

pada zaman Amirul Mukminin 'Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan 'Am al-Ramadah

kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah

dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara

tahun 17H dan 18H selama sembilan bulan.



Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta negara ketika itu bagi

mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin

disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari

meriwayatkan bahawa 'Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak

haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan makanan

berkurangan di pasar.



Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga

yang agak tinggi. 'Umar enggan makan bahkan berkata:



"Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku

bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak

mengenaiku apa yang mengenai mereka?". (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).



Juga diriwayatkan bahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu

dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu diceduk masakan itu untuk

dihidangkan juga buat 'Umar. Tiba-tiba yang diceduk itu bahagian belakang unta dan

hatinya. Lalu 'Umar bertanya:



"Dari mana diperolehi ini?". Daripada unta yang kita sembelih hari ini. Kata 'Umar:

"Oh! Alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang

baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa" (Ibn Sa'd, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312,

Beirut: Dar Sadir).



Maka alangkah buruknya seorang presiden, atau sultan, atau raja, atau perdana

menteri, atau menteri besar, atau menteri yang makan dengan mewah daripada

peruntukan harta negara atau negeri sedangkan rakyatnya dalam kesusahan. Ketika

rakyat membilang butiran beras, helaian ringgit untuk persekolahan anak, keperitan

membayar sewa rumah, api dan air, sementara mereka yang berkuasa ini pula menghadiri

jamuan negara dan negeri itu dan ini.



Bermewahan dengan pertunjukan dan hiburan dari peruntukan wang negara. Kemudian

bercuti rehat, tanpa rakyat ketahui apakah kepenatannya untuk rakyat. Kos cuti itu

pula ditanggung oleh negara tanpa sebarang pulangan keuntungan buat rakyat. Alangkah

zalim! Alangkah keji sikap yang sedemikian rupa.



Saya kadang-kala begitu hairan apabila seseorang dianggap 'berjiwa rakyat', hanya

kerana makan nasi yang dijamu oleh rakyat, atau masuk ke kampung mendukung anak

rakyat untuk beberapa minit bagi membolehkan wartawan mengambil foto. Apakah itu

dinamakan berjiwa rakyat?



Jika hendak diiktiraf sebagai berjiwa rakyat, rasailah apa yang rakyat rasai. Orang

seperti 'Umar bin al-Khattab lebih mulia daripada segala keturunan atau pangkat yang

ada di kalangan manusia. Kemuliaannya telah diiktiraf oleh Allah dan RasulNya. Dia

ahli syurga dengan jaminan Allah dan RasulNya sementara politiknya tidak ada saingan

yang menggugatnya. Namun tetap amanah dan jujurnya terhadap rakyatnya. Merasai

penderitaan rakyat. Beliau idola kepimpinan kita sepatutnya. Walaupun beliau tidak

pernah menyuruh orang menyembah atau menjulangnya, namun beliau dipuja oleh sejarah

dan diangkat oleh Allah.



Kenaikan harga minyak menaikkan harga barang. Orang berpendapatan rendah menjadi

mangsa. Agama berperanan untuk menyedarkan semua pihak tentang tanggungjawab

terhadap rakyat. Dalam keadaan begini, antara perkara pertama yang patut dibentang

kepada rakyat adalah pengurusan kemasukan dan pengagihan zakat. Zakat yang mungkin

sampai kepada peringkat bilion ringgit di seluruh negara mesti diagihkan secara

telus dan bijaksana.



Mengapa masih ada fakir miskin yang bagaikan meminta sedekat kepada pihak yang

menguruskan zakat? Mengapa program tv lebih menjumpai si miskin dibanding pihak yang

menguruskan zakat? Mengapa zakat masih berbaki dengan begitu banyak setiap tahun

sedangkan kemiskinan masih banyak? Mengapa pihak yang menguruskan zakat kelihatan

bertambah mewah, sementara yang patut menerima hak kelihatannya bertambah letih

dengan keadaan sekarang?

Di masa inilah peranan zakat bagi memastikan setiap yang memerlukan memperolehinya

tanpa kerenah birokrasi yang bukan-bukan. Jangan sampai untuk mendapat RM150 si

miskin berulang alik berkali-kali dengan tambang sendiri, sementara yang mendakwa

amil zakat mengisi minyak kereta dengan wang zakat atas nama amil! Ramai kata kita

berjaya menguruskan zakat sebab kutipan yang tinggi. Saya katakan, pengurusan yang

berjaya itu bukan sahaja kutipan semata, tetapi juga pengagihan secara telus,

bijaksana dan bertanggungjawab.



Dalam usaha kerajaan menangani kemelut ekonomi hari ini, perkara-perkara yang

disebutkan ini mestilah dipandang serius. Kejayaan sesebuah kerajaan menghayati

penderitaan rakyat akan menjadikan mereka lebih disayangi dan disokong. Jika orang

atas mengubah cara hidup, kita akan berkempen untuk semua agar mengubah cara hidup.

Jika orang agama disuruh berkempen orang bawahan agar mengubah cara hidup, sementara

melupai yang di atas, mereka sebenarnya cuba menjadikan agama sebagai candu agar

seseorang melupai masalah yang sebenar.


Wednesday, June 4, 2008

Pesanan Nabi Muhammad S.A.W.

Segala ujian Allah banyak tersembunyi hikmah-hikmah yang amat besar.

Allah, bila sayang akan hambanya, hamba itu akan diuji agar Allah mendengar rintihan, kerendahan dirinya dan doanya.

Petikan daripada Ceramah Dato’ Fadhilah Kamsah – Menerobos Sempadan Diri

Pesanan Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz

Pesanan Rasulullah S.A.W kepada Mu’adz agar tidak melupakan doa ini :

“ Ya Allah berilah aku pertolongan untuk selalu mengingati-Mu, Mensyukuri-Mu dan beribadah dengan baik kepada-Mu”

Nabi berketurunan terpuji dan mulia

NABI Muhammad SAW sebagai rasul terpilih berasal daripada keturunan mulia dan dihormati oleh masyarakat Arab


Dari segi salasilah, Baginda adalah putera Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf bin Qushai bin Hakim bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Annadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Adnan pula daripada keturunan Nabi Ismail, putera Nabi Ibrahim.

Bonda Nabi Muhammad ialah Siti Aminah Wahb. Beliau adalah wanita suci yang berasal daripada keturunan mulia.

Kisah mengenainya dinyatakan dalam sebuah hadis, yang bermaksud: "Dan selanjutnya Allah memindahkan aku dari tulang sulbi yang baik, ke dalam rahim yang suci, jernih dan terpelihara. Setiap tulang sulbi itu, bercabang menjadi dua. Aku berada dalam yang terbaik daripada kedua-duanya itu."

Ahli hadis berpendapat, mafhum hadis itu ialah Rasulullah SAW berasal daripada keturunan yang terpuji dan mulia, sama ada di sebelah ibu atau bapa Baginda.

Ibu bapa Aminah, Wahb dan Barrah daripada keturunan terkenal ketika itu. Moyang beliau berketurunan daripada Bani Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab. Ada riwayat mengatakan mereka berasal daripada keturunan Abdul Manaf bin Quraisy bin Kilab.

Ayahanda Baginda iaitu Abdullah bin Abdul Muttalib adalah pemuda berbangsa Quraisy yang berbudi pekerti mulia. Bagaimanapun, Baginda tidak sempat menemui ayahandanya kerana Abdullah meninggal dunia ketika Baginda masih dalam kandungan.

Rasulullah SAW dilahirkan di rumah bapa saudaranya, Abu Talib Bin Abdul Mutalib, pada awal pagi hari Isnin 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masihi.

Beberapa minggu menjelang kelahiran Nabi Muhammad, kota Makkah dikejutkan dengan berita pencerobohan Abrahah, pemerintah Yaman, yang ingin menyerang Makkah untuk menghancurkan Kaabah. Bagaimanapun, sebelum berjaya melaksanakan cita-cita itu, Abrahah dan tenteranya dihancurkan Allah, sebagaimana dinyatakan dalam surah al-Fil.

Justeru, saat kelahiran Baginda itu juga dikenali sebagai Tahun Gajah sempena peristiwa serangan Abrahah terhadap kota Makkah.

Selepas dilahirkan, bonda Baginda tidak dapat menyusukan baginda dengan baik. Oleh itu, Aminah menyerah Baginda kepada Suwaibah al-Aslamiah untuk disusukan. Selepas itu, Baginda diserahkan pula kepada Halimatus Sa'diah, wanita Bani Sa'ad bin Bakr, untuk disusukan.

Nabi Muhammad SAW hanya dikembalikan kepada Aminah selepas berusia lima tahun. Selepas itu, Aminah bersama Rasulullah berangkat ke Madinah untuk menziarahi makam suaminya, Abdullah.

Dalam perjalanan pulang dari Madinah, iaitu di satu dusun bernama Abwa, Aminah kembali ke Rahmatullah. Sebagai anak yatim, Rasulullah SAW hidup bersama datuk dan bapa saudara Baginda iaitu Abdul Mutalib serta Abu Talib. Abu Talib, seorang pedagang, sentiasa membawa Baginda berniaga di Syam.

Sebagai seorang insan terpilih, Baginda sentiasa mengamalkan sifat terpuji dan sentiasa menampilkan akhlak mulia.

Baginda mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun dengan Khadijah al-Khuwailid.

Nabi Muhammad adalah rasul yang mempunyai darjat yang mulia di sisi Allah. Baginda bersifat maksum yakni terpelihara daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.

Baginda kembali ke Rahmatullah pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun ke-11 Hijrah bersamaan 7 Jun 632 Masihi, ketika berusia 63 tahun.

Menggapai Ketenangan Jiwa

Dalam perkembangan hidupnya, manusia
seringkali berhadapan dengan berbagai
masalah yang mengatasinya berat.

Akibatnya timbul kecemasan, ketakutan
dan ketidaktenangan, bahkan tidak
sedikit manusia yang akhirnya sehingga
melakukan tindakan-tindakan yang semula
dianggap tidak mungkin dilakukannya,
baik melakukan kejahatan terhadap orang
lain seperti banyak terjadi kes
pembunuhan termasuk pembunuhan terhadap
anggota keluarga sendiri maupun
melakukan kejahatan terhadap diri
sendiri seperti meminum minuman keras
dan ubat-ubat terlarang hingga tindakan
bunuh diri.

Oleh kerana itu, ketenangan dan
kedamaian jiwa sangat diperlukan dalam
hidup ini yang terasa kian berat
dihadapinya.

Itu sebabnya, setiap orang ingin
memiliki ketenangan jiwa. Dengan jiwa
yang tenang kehidupan ini dapat dijalani
secara teratur dan benar sebagaimana
yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya.

Untuk menggapai ketenangan jiwa, banyak
orang yang mencapainya dengan cara-cara
yang tidak Islami, sehingga bukan
ketengan jiwa yang didapat tapi malah
membawa kesemrawutan dalam jiwanya itu.

Untuk itu, secara tersurat, Al-Qur'an
menyebutkan beberapa cara yang perlu
kita praktis.

1. DZIKRULLAH.

Dzikir kepada Allah Swt merupakan cara
untuk menggapai ketenangan jiwa, yakni
dzikir dalam arti selalu ingat kepada
Allah dengan menghadirkan nama-Nya di
dalam hati dan menyebut nama-Nya dalam
berbagai kesempatan. Bila seseorang
menyebut nama Allah, memang ketenangan
jiwa akan diperolehnya.

Ketika berada dalam ketakutan lalu
berdzikir dalam bentuk menyebut ta'awudz
(mohon perlindungan Allah), dia menjadi
tenang.

Ketika berbuat dosa lalu berdzikir dalam
bentuk menyebut kalimat istighfar atau
taubat, dia menjadi tenang kembali
kerana merasa telah diampuni
dosa-dosanya itu.

Ketika mendapatkan kenikmatan yang
berlimpah lalu dia berdzikir dengan
menyebut hamdalah, maka dia akan meraih
ketenangan karena dapat memanfaatkannya
dengan baik dan begitulah seterusnya
sehingga dengan dzikir, ketenangan jiwa
akan diperoleh seorang muslim,

Allah berfirman yang artinya: "(yaitu)
orang-orang yang beriman dan hati mereka
menjadi tentram dengan mengingat Allah.
Ingatlah hanya dengan mengingat Allahlah
hati menjadi tentram" (Ar-Ra'ad: 28).

Untuk mencapai ketenangan jiwa, dzikir
tidak hanya dilakukan dalam bentuk
menyebut nama Allah, tapi juga dzikir
dengan hati dan perbuatan. Karena itu,
seorang mu'min selalu berdzikir kepada
Allah dalam berbagai kesempatan, baik
duduk, berdiri maupun berbaring.

"Kemudian apabila kamu telah selesai
mengerjakan sembahyang, maka hendaklah
kamu menyebut dan mengingati Allah
semasa kamu berdiri atau duduk dan
semasa kamu berbaring." (an-Nisa':103)

2. YAKIN AKAN PERTOLONGAN ALLAH.

Dalam hidup dan perjuangan, seringkali
banyak mehnah, tribulasi tentangan dan
hambatan yang harus dihadapi, adanya
hal-hal itu seringkali membuat manusia
menjadi tidak tenang yang membawa pada
perasaan takut yang selalu
menghantuinya. Ketidaktenangan seperti
ini seringkali membuat orang yang
menjalani kehidupan menjadi berputus asa
dan bagi yang berjuang menjadi takluk
bahkan berkhianat.

Oleh kerana itu, agar hati tetap tenang
dalam perjuangan menegakkan agama Allah
dan dalam menjalani kehidupan yang
sesulit apapun, seorang muslim harus
yakin dengan adanya pertolongan Allah
dan dia juga harus yakin bahwa
pertolongan Allah itu tidak hanya
diberikan kepada orang-orang yang
terdahulu, tapi juga untuk orang
sekarang dan pada masa mendatang,

Allah berfirman yang ertinya: "Dan Allah
tidak menjadikan pemberian bala bantuan
itu melainkan sebagai khabar gembira
bagi (kemenangan)mu, dan agar tentram
hatimu karenanya. Dan kemenangan itu
hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana" ('ali-Imran: 126)

"Dan Allah tidak menjadikan (bantuan
malaikat) itu melainkan sebagai berita
gembira dan supaya hati kamu tenang
tenteram dengannya dan kemenangan itu
pula hanyalah dari sisi Allah.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha
Bijaksana."(al-anfal : 10)

Dengan memperhatikan betapa banyak
bentuk pertolongan yang diberikan Allah
kepada para Nabi dan generasi sahabat
dimasa Rasulullah SAW, maka sekarangpun
kita harus yakin akan memperoleh
pertolongan Allah itu dan ini membuat
kita menjadi tenang dalam hidup ini.

Namun harus kita ingat bahwa pertolongan
Allah itu seringkali baru datang apabila
seorang muslim telah mencapai kesulitan
yang sangat atau dipuncak kesulitan
sehingga kalau diumpamakan seperti
jalan, maka jalan itu sudah buntu dan
mentok. Dengan keyakinan seperti ini,
seorang muslim tidak akan pernah cemas
dalam menghadapi kesulitan karena memang
pada hakikatnya pertolongan Allah itu dekat.

Allah berfirman yang artinya: "Apakah
kamu mengira bahwa kamu akan masuk
syurga, padahal belum datang kepadamu
(cobaan) sebagaimana halnya orang-orang
terdahulu sebelum kamu?. Mereka ditimpa
oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam
cobaan) sehingga berkatalah rasul dan
orang-orang yang beriman: "bilakah
datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah,
sesungguhnya pertolongan Allah itu amat
dekat" (QS Al-Baqarah : 214).

3. MEMPERHATIKAN BUKTI KEKUASAAN ALLAH.

Kecemasan dan ketidaktenangan jiwa
adalah kerana manusia seringkali terlalu
merasa yakin dengan kemampuan dirinya,
akibatnya kalau ternyata dia merasakan
kelemahan pada dirinya, dia menjadi
takut dan tidak tenang, tapi kalau dia
selalu memperhatikan bukti-bukti
kekuasaan Allah dia akan menjadi yakin
sehingga membuat hatinya menjadi
tentram, hal ini kerana dia sedari akan
besarnya kekuasaan Allah yang tidak
perlu dicemasi, tapi malah untuk dikagumi.

Allah berfirman yang artinya:

"Dan ingatlah ketika Ibrahim berkata:
"Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku
bagaimana Engkau menghidupkan orang
mati". Allah berfirman: "Belum yakinkah
kamu?". Ibrahim menjawab: "Aku telah
meyakininya, akan tetapi agar hatiku
tenang (tetap mantap dengan imanku)".
Allah berfirman: ("kalau begitu)
ambillah empat ekor burung, lalu
cincanglah, kemudian letakkan di atas
tiap-tiap satu bukit satu satu bagian
dari bagian-bagian itu, kemudian
panggillah mereka, niscaya mereka datang
kepadamu dengan segera".Dan ketahuilah
bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana" (QS al-Baqarah: 260).

4. BERSYUKUR.

Allah Swt memberikan kenikmatan kepada
kita dalam jumlah yang amat banyak.
Kenikmatan itu harus kita syukuri kerana
dengan bersyukur kepada Allah akan
membuat hati menjadi tenang, hal ini
kerana dengan bersyukur, kenikmatan itu
akan bertambah banyak, baik banyak dari
segi jumlah ataupun minimal terasa
banyaknya. Tapi kalau tidak bersyukur,
kenikmatan yang Allah berikan itu kita
anggap sebagai sesuatu yang tidak ada
ertinya dan meskipun jumlahnya banyak
kita merasakan sebagai sesuatu yang sedikit.

Apabila manusia tidak bersyukur, maka
Allah memberikan azab yang membuat
mereka menjadi tidak tenang,

Allah berfirman yang ertinya: "Dan Allah
telah membuat suatu perumpamaan (dengan)
sebuah negeri yang dahulunya aman lagi
tentram, rezekinya melimpah ruah dari
segenap tempat, tetapi (penduduk) nya
mengingkari nikmat-nikmat Allah; kerana
itu Allah merasakan kepada mereka
pakaian kelaparan dan ketakutan,
disebabkan apa yang selalu mereka
perbuat" (al-Nahl: 112)

5. TILAWAH, TASMI' DAN TADABBUR AL-QUR'AN.

Al-Qur'an adalah kitab yang berisi
sebaik-baik perkataan, diturunkan pada
bulan suci Ramadhan yang penuh dengan
keberkahan, kerananya orang yang membaca
(tilawah), mendengar bacaan (tasmi') dan
mengkaji (tadabbur) ayat-ayat suci
Al-Qur'an nescaya menjadi tenang
hatinya, manakala dia betul-betul
beriman kepada Allah Swt,

Allah berfirman yang artinya: "Allah
telah menurunkan perkataan yang baik
(yaitu) Al- Qur'an yang serupa lagi
berulang-ulang, gementar kerananya kulit
orang-orang yang takut kepada Tuhanya,
kemudian menjadi tenang kulit dan hati
mereka di waktu mengingat Allah. Itulah
petunjuk Allah, dengan kitab itu Dia
menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya.
Dan barangsiapa yang disesatkan Allah,
maka tidak ada seorangpun pemberi
petunjuk baginya" (az-Zumar: 23).

Oleh kerana itu, sebagai mu'min,
interaksi kita dengan al-Qur'an haruslah
sebaik mungkin, baik dalam bentuk
membaca, mendengar bacaan, mengkaji dan
mengamalkannya dalam kehidupan
sehari-hari. Manakala interaksi kita
terhadap Al-Qur'an sudah baik, maka
mendengar bacaan Al-Qur'an saja sudah
membuat keimanan kita bertambah kuat
yang berarti lebih dari sekedar
ketenangan jiwa,

Allah berfirman yang ertinya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman
adalah mereka yang apabila disebut nama
Allah gementarlah hati mereka dan
apabila dibacakan kepada mereka
ayat-ayat-Nya, bertambahlah iman mereka
(kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka
bertawakkal" (al-Anfal: 2).

Dengan berbekal jiwa yang tenang itulah,
seorang muslim akan mampu menjalani
kehidupannya secara baik, sebab baik dan
tidak sesuatu seringkali berpangkal dari
persoalan mental atau jiwa. Kerana itu,
Allah Swt memanggil orang yang jiwanya
tenang untuk masuk ke dalam syurga-Nya,

Allah berfirman yang artinya: "Hai jiwa
yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu
dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jamaah
hamba-hamba-Ku dan masuklah ke dalam
syurga-Ku" (al-Fajr: 27-30).

Akhirnya, menjadi tanggung jawab kita
bersama untuk memantapkan ketenangan
dalam jiwa kita masing-masing sehingga
kehidupan ini dapat kita jalani dengan
sebaik-baiknya.

Monday, June 2, 2008

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz Lailahaillallah

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz Lailahaillallah

>> Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari
>> mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung
>> hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah
>> burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang
>> menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya
>> diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi
>> tidak dipatuhi,malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT
>> menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut
>> supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu
>> diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... "wahai
>> malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami
>> tetapi dengan satu permintaan". bertanya malaikat "Apakah permintaan
>> itu?". Berkata burung-burung itu" Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang
>> yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya
>> aku,barulah aku akan tidak membuat bising disini". Berkata malaikat
>> itu"baiklah aku akan sampaikan kepada Allah". Beredarlah malaikat dan
>> menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka
>> Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan
>> tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan
>> mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan
>> segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan diArasy
>> Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap
>> Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia
>> sepatutnya tidak telepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. dengan
>> hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya
>> berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi
>> Maha Penyayang.

>> p/s: Sampaikan walaupun satu ayat


7 Kalimah Mulia

Sabda Rasulullah S.a.w
barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan..

1.bismillahhirrahmann irrahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2.alhamdulliah:pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah:jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

4.insyaallah:jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

5.lahaulawalaquataill ahbillah :bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

6.innalillah:jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

7.laailaahaillallah :bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Ibuku seorang pembohong ???


Ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...