Monday, August 31, 2009

Malam ni, malam merdeka.. nak gi lepak, mabuk2 sket...

7.45 pm

Pak lang pi Alamanda untuk menyelesaikan sedikit urusan. Pastu beli la barang sikit sebab kalau kat alamada ni, beli barang parking free je... hehe... Killing two bird using one stone (entah betul ke tak ayat ni.. bedal je).

SubhanAllah, pak lang takjub. Pemandangan yang pak lang tengok sgt menyentuh hati pak lang. Satu keluarga tengah solat maghrib kat bawah eskalator. Ayahnya menjadi imam. 3 anak lelaki kecil2 lagi di saf kedua. Dan ibu dan seorang anak perempuan kat saf ketiga. Begitu kyusuk diorang solat. Orang ramai tengok, tak pun jadi gangguan kat solat diorang. Pak lang tabik spring la.. =) Tgh pak lang jalan2 sambil tgk diorang, isteri sorang pak cik ni cakap kat laki dia,
"Elok la diorang nak sembahyang, orang lain yang tak sembahyang ntah jadi apa tah".
Pak cik tu jawab "Ye la, surau konpem penuh lagi sekarang ni".
Pak lang setuju ja... Ye la, kalau pak lang sendiri rasanya takkan mampu nak buat macam family ni. "iman suasana" bak kata park chick. Tapi... pak lang tetap akan solat tau. Jgn pikir macam2. hehe...

Pak lang keluar dari alamanda dah dekat nak masuk Isyak. Masuk2 kereta je terus azan berkumandang kat radio.
"eh, dah masuk isyak la..." pak lang cakap dalam hati. Pak lang pun jadi F1 racer la kejap nak solat kat masjid putrajaya... Zoomm....

8.35 pm

Pak lang sampai kat masjid putrajaya. Banyaknye kereta.. Alhamdulillah... sume datang nak solat isyaki dan tarawih la ni. Sejuk hati pak lang (Walaupun keadaan cam ni hanya jadi di bulan ramadhan). Pak lang keluar kereta.. Imam dah start baca al-fatihah masa tu. Jauh la pulak kena parking ni... Pak lang pun berlari2 anak la sikit, rugi lak rasanya. Nak sampai ke masjid kena lalu bulatan taman besar...
Pak lang sedih...
Ada couple bagai tersumbat telinga, orang tgh solat la mangkuk...(ops.. sedikit emosi..)
Budak2 remaja jalan bertentangan ngan pak lang (bukan ke masjid la, ke taman)
Tak pe la, pak lang bersangka baik sikit, budak2 ini tertinggal songkok dalam kereta diorang, nak gi amik la tu... Pak lang pun masuk dalam masjid, solat isyak dan tarawih...

9.45 pm

Dah solat.. Pak lang pun balik la..
Lepak kat satu kedai makan ni.. Pekena nescafe sket..
Dengan angin malam yang sepoi2 bahasa tu memang best (Syahdunye..)
Tapi.. yang tak bestnya...
Tengah best2 hirup nescafe tu, datang la sorang budak laki ni.. Otai la kononnye.
Cakap ngan kawan dia.
"Malam ni malam merdeka la, nak gi mabuk2 sket.."
Pergh... berasap rasa hati dan telinga pak lang dengar.. Pastu dia terus blah.
Sikit je lagi, kalau tak makan batu dah budak tu. (Ops... sabar pak lang). Pak lang cuma berharap pak lang salah dngar dan cuma dapat berdoa agar budak tu cuma bergurau, dan Allah lindung budak tu dari benda2 haram tu.. Amin..

11.00 pm

Dah.. abis minum, pak lang balik la.
Nak tido.... Semoga pak lang dapat bangun awal sket.
Leh ibadat apa yang patut.. Besar ganjarannya..
Dan mudah-mudahan dapat jumpa malam Lailatulqadar nanti.
Nak mintak pada Allah supaya pak lang masuk syurga. Amin...

Sunday, August 30, 2009

Menarik sauh - Pelayaran ke alam fantasi beradabtasikan dunia realiti...

"Wahai anak kapalku sekalian, kita akan memulakan pelayaran kita hari ini. Kita akan melanggar ombak dan badai, ribut dan taufan, petir dan halilintar.. Bahkan tsunami juga mungkin kita hadapi. Tapi... jangan kamu takut atau gentar. Kerahkan seluruh tenagamu, akalmu dan ilmu... dan sabar serta tawakkal kepada Allah. InsyaAllah.. Kita akan sampai ke Pulau Syurga.."

Anak-anak kapalku yang hanya beberapa orang mendengar dengan penuh kusyuk dan dengan mata yang bersinar-sinar, penuh pengharapan. Pok Chick, Syahrom, Mushtar, Amy Hadede, dan Dos. Ini saja anak kapal yang aku ada, merangkap teman seperjuanganku belayar sejak sedekad yang lalu..

Dan... aku, pak lang biotik.... ahhh... itu namaku di daratan realiti. Di sini anak-anak kapalku memanggilku, Professor atau singkatannya Prof. (Prof?? hahaha... persetankan dengan kata-kata orang. Ini kapal aku.. aku ketua... Suka ati aku la nak anak kapal panggil aku apa pun.. Haha.. Peace!!)

Oh... lupa nak bagitau. Sekarang ni bulan ramadhan. Kami nakbersahur sekejap.

Kapal auto-mode....

Thursday, August 20, 2009

Panas dunia..


Otak jem.. Sesuai ke istilah ni?
tapi ini la yang terjadi.. Aircond kat tempat kerja pak lang rosak lagi.
Kali ni tak tau la berapa lama lagi baru nak di perbaiki..
Beberapa bulan lepas dah rosak. pak lang dah usahakan, Alhamdulillah.. di perbaiki dan tempat kerja pak lang sejuk semula..
Tapi... pak lang sangka musim sejuk sampai ke penghujung musim,
rupa2nya musim panas dah kembali..
sangat cepat sampai tak sempat nak buat persediaan mental...
Yang tinggal, hanyalah banjir peluh membasahi diri pak lang...
Hmm... Agak sepadan jugak la dengan bulan ramadhan yang bermaksud panas terik.. kan?
Haha.. Satu lagi ujian untuk pak lang.. Pasti ada hikmahnya..
Tapi....Walaumacamanapun panasnya tempat kerja, bulan ramadhan dan suasana, semuanya masih lagi panas kat dunia ni..
Adeh... Tak larat nak bayangkan, panas kat akhirat.
Apa yang pak lang paham, matahari masa kt akhirat nanti cuma sejengkal kat tas kepala.
Hmm.. Matahari atas kepala? Berapa agaknya jarak matahari ngan bumi ye?
Jap, pak lang nak check...
Apa?? 149 juta km??? Jauh sangat tu...
Dah di basuh dengan air sungai dari syurga pulak lagi.. Tapi masih panas cam ni.
Sanggup ke pak lang tanggung?
Sedangkan matahari yang berjarak 149 juta Km dari bumi pun kadang2 pak lang dah tak larat nak tahan.
Apatah lagi atas kepala... Tak mungkin pak lang sanggup tanggung.
Astaghfirullahalazim... Ya Allah, ampunkan hamba mu yang banyak berdosa ini.. Amin..

Tuesday, August 18, 2009

Put Your Heart Into Everything You Do..

A man is relieved and gay when he has put his heart into his work and done his best. -Emerson-

I will put my heart into everything I do.
To do a task without love is painful indeed!
Everything I do will be a labour of love.
I will put commitment into everything I do,
and do it to the best of my ability,
or not do it at all.

In all history,
men with immerse labour have push civilization toward real progress.
I will follow their example,
and give my personal best.
I will do what I love.
And love what I do.
When the going gets tough,
I will be though and get going.

If there are moments of despair,
as there sometimes will be,
I will strengthen my resolve and continue.
I will not give up!!
When there arises moment of defeat,
I will not cover in fear or self defeat.
I will brush off the dirt on my knees and go forward.
Greatness lies not in rising alone,
but rising each time you fall.

BUT... I will not forget,
that true greatness lies not only in rising each time you fall,
but, in learning from the mistakes,
and not repeating the same mistake twice!!!

I resolve to put my best in any endeavour I undertake to do.

I will enjoy the process of doing it,
and getting the kind of results that I want.

Whenever I do anything,
I will do it with the end in mind.
I wil begin with the end in mind,
So as to plot the path to my destination.

At the end of this labour of love,
I will rest a while,
Enjoy and bask in the glow of achivement,
for don't I deserve a pa on my back for a job well done?
Rest a while,
I said, not more.
During this respite,
I will think about the morrow.
For tomorrow,
I will gather my tool,
to go on to conquer other quests.......


Source : V. Mohan (2002). Unleash your potential. Pelanduk Publications. pp. 148-149

Monday, August 17, 2009

PERIHAL TIDUR


Sumber : http://nap44.blogstarz.my/


WAKTU-WAKTU YANG DILARANG TIDUR

1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari

2. Selepas masuk waktu Asar

3. Tidur dibawah cahaya matahari walau terkena separuh

badan
. ***************************************************************

BAHAYA TIDUR DIWAKTU SIANG-Kecuali hari panas

1. Mendatangkan penyakit kulit.

2. Merosakkan warna kulit

3. Melemahkan jantung.

4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap

5. Melemahkan badan dan mengurang tenaga

syahwat

6. Melemahkan kecerdasan akal
. ***************************************************************

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMAL RASULULLAH S.A.W

1. Tidurlah diawal malam sesudah menunaikan sembahyang

ISYAK jam 10malam dalam WUDHUK.

2. Bangkitlah diawal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00 pagi,

kemudian bersugi,berwudhuk Dan bersembahyang TAHAJJUD.

3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum FAJAR.

4. Tidurlah dengan mengiring badan disebelah RUSUK KANAN,

rusuk kiri disebelah atas,supaya tetap

Kedudukan makanan didalam usus,cepat hadham makanan,

Tidurlah sedemikian dari mula hingga ke akhirnya.
**************************************************************

CARA MENGHINDARKAN LESU-SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR.

Bersihkan tubuh terutama dibahagian muka,

tangan dan kaki sebelum masuk tidur(atau WUDHUK).

Hindarkan dari tidur lewat malam.

3. Lakukan gerak badan dan senaman diatas katil

setelah jaga dari tidur, sebelum turun dari katil

4. Minumlah segelas airmasak setiap pagi sebelum bersarapan.

5. Cucilah muka terutama dibahagian kelopak mata

dengan air suam.

6. Ambil WUDHUK waktu pagi(Solat Subuh)
.

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...