Saturday, February 27, 2010

Dia Pernah Mencintaimu

Source - http://saifulislam.com/?p=7648

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.

“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.

Persoalan.

Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?

“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Aneh.

Mencintai insan yang belum ada.

Seandainya seorang anak muda, termenung sedih di jendela angan-angan, runsing menanggung rindu kepada bakal isteri, yang orangnya belum ada… itu sudah menjadi satu kegilaan. Di luar kebiasaan. Perlukan rawatan.

Tetapi tidakkah Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga mengungkapkan cinta yang di luar kebiasaan itu? Kematian yang pasti, menjadikan Baginda pasti bahawa peluang untuk bertemu dengan orang-orang beriman di masa-masa mendatang itu mustahil. Tidak kiralah bagaimana rupa mereka, di mana mereka berada, bagaimana keadaannya. Cukup sekadar mengetahui bahawa mereka itu beriman, malah beriman tanpa pernah bertemu dengannya, sudah menyuburkan rasa cinta.

Cinta luar biasa.

Cinta yang menjadikan Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam itu berkorban segala-galanya. Cinta itulah yang melimpah dan terus melimpah, hingga kamu yang hidup 1000 tahun selepas pemergiannya, biar sesudut Ceruk Tok Kun sekali pun beradanya kamu, tiada rumah yang tidak diketuk cinta Nabi.

SENYUMAN PERPISAHAN

Tiga hari Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam tidak mampu hadir berjamaah dengan kekasih-kekasih Baginda di masjid. Sakit kepala dan demam baginda semakin menjadi-jadi.

Subuh Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke 11H,

Tatkala Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu membetulkan saf untuk mengimamkan solat, Baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam menyelak tabir yang memisahkan bilik Baginda dan ruang solat di Masjid.

“Sungguh takjub. Wajah Baginda seperti lembaran mushaf. Rasulullah sallallaahu alayhi wa sallam semasa memerhatikan kami, Baginda tersenyum dan ketawa kecil. Kami terlalu gembira melihat wajah itu. Abu Bakr sendiri berundur kerana menyangkakan Baginda mahu mengimamkan solat kami. Tetapi Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengisyaratkan agar kami memula dan menyempurnakan solat,” kata Anas bin Malik, Radhiyallahu ‘anhu.

Wajah itu mengubat rindu mereka.

Tiga hari yang hilang warna dan sepi.

Tabir dilabuhkan dan kaum Muslimin meneruskan solat.

Senyuman Baginda itu penuh cinta dan kasih. Senyuman yang kaya dengan kepuasan melihat kaum Muslimin.

Sangka mereka itu senyum kesembuhan.

Rupa-rupanya ia adalah senyuman perpisahan…

Dhuha Isnin, 12 Rabi’ul Awwal tahun ke-11 Hijriah, Kekasih Allah itu pulang ke Teman Tingginya.

Fee al-Rafeeq al-A’laa, Fee al-Rafeeq al-A’laa...” Baginda menghulurkan telunjuk kirinya ke langit.

“Kembali ke Teman yang Maha Tinggi, Kembali ke Teman yang Maha Tinggi” bibir itu lesu menuturkan sebuah pemergian.

Tangan itu rebah terkulai.

Basah dalam bejana air.

Seperti air mata sekalian umat yang ditinggalkannya.

Baginda wafat dalam jiwa yang penuh kasih sayang. Jiwa yang terselit di lubuk hatinya sebuah kerinduan.

Merindui saudara-saudaranya.

Kita.

SEBUAH PERTANYAAN CINTA

Justeru…

Bertepukkah tanganmu menyambut cinta yang agung itu?

Cintakah kamu kepada Pencinta yang agung itu?

Hati kecil itu tidak mampu berbohong.

Engkau tahu di mana cinta itu di hatimu….

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG

Thursday, February 25, 2010

Rasullullah SAW, insan paling di cintai...

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.” Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku.” Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”


pak lang - masih jauh perjalanan menuju kesempurnaan iman. Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.. Amin..

Wednesday, February 24, 2010

Mana hantu - Edisi siasat

Pencarian hantu bermula lagi, saja tetiba nak jadi Ghostbuster (betul ke eja ni?).
Ingat pak lang takut sgt ke kat hantu (Err... x mo riak, x mo riak... jumpa kang naya...)..

Dan kali ni pak lang sendiri menjelajah setiap sudut dan lorong (web) untuk mencari hantu2 yang berkeliaran di luar sana.. (Takut la pulak, cari kat web je la)

Senarai hantu yg berjaya pak lang tangkap..


HANTU UNDI

Hantu ni biasanya menjalar dan berterbangan di tempat pilihan raya berlaku.
Hantu ini sentiasa berpindah randah secara berkumpulan dan meng"hisap darah" golongan2 kaya yang sentiasa memberi mereka makan.









HANTU DADAH

Hantu ni x kira siang atau malam suka merayau di lorong2 gelap atau rumah2 kosong. Sekarang dia dah makin suka meragut beg2 yg bergantungan di tangan sbb x cukup makan. BEWARE!!











HANTU DUIT

Hantu ni jenis suka amik duit orang. Tak kira la mangsa dia hensem ke tak, comey ke tak, janji diorang ni ada duit. Makan rasuah, terima rasuah, jual body, jual brendi, jual kacang bendi (eh, yg ni xpe, halal), dan yg seangkatan dgn nye.. maksudnye, makan duit haram la. Ish3.. x paham2.








Pepun.. Hantu2 ni walaupun dah di kenali akan kejahatan/keburukan perangai mereka, TAPI..

Sekiranya mereka bertaubat dengan taubat nasuha dan tidak mengulangi perbuatan tu lagi, InsyaAllah, Allah ampunkan mereka dengan kasih sayang dan rahmat-Nya. Kalau tak... takut2 ke neraka perginya. Na'uzubillah...


Contoh gambaran kena siksa.. (walaupun kita x mampu menggambarkan). Cuma yang pasti siksaan kat neraka jauh33333333333x lebih dahsyat daripada gambar ni..

Ada Brani? xde pasal, cari pasal... Bang bang boom (eh, salah iklan ni..)







~~~~~ Dah la, korang cari la hantu2 lain sendirik. malas la pulak nak cari dah.

Pak lang - Amal makruf nahi munkar!!

Mana hantu mana hantu.............. ha, tu dia hantu.....




















Banyak tul hantu skang ni... huh...........

takutnya aku....................................

tapi xpe, banyak hantu dah mati, dah xde.... hahahaha......

Waris kasih ku seru dah mati.

Waris jari hantu pun dah xde.

tapi hari tu dia ada anak, anak betong.

tp pas anak betong dah xde, cucu dia pulak kuar. cucu betong..

hmm.... entah la.. eh jap, cucu betong pun dah xde kan?

oo... ok2. selamat.

aku tak suka pandang ke belakang... ok, selamat.

aku tak tinggal kat niyang rapik... ok, selamat.

hmmm......... bila2 pikir2, aku nasib baik la, sbb tinggal kat flat 5 tingkat je

kalau 13 tingkat, takut2 flat aku tu yg masuk tv (Tower 13) sbb berantu tu kot... pepun, ok, selamat.

aku x pakai susuk, masih lg selamat.

ha............ lagi satu hantu yg aku terselamat, SIONG tak isap darah org laki.. haha, ok, selamat.

eh, tapi penunggu gunung raya x kira laki ka perempuan... ALAMAK!!!!

OH..... menda aku merepek ni????????


pak lang - jangan takut kat hantu, takut la pada Allah... (nasihat utk tuan punye badan jugak.. uhuk3)

Monday, February 22, 2010

Duit duit di mana kau duit?

Dulu... waktu duit senang2 je dpt...

duit x penting, bukan boleh bawak masuk kubur pun......

cari duit banyak2 buat pe? dunia semua tu...


Sekarang....

oh, xde duit......

susah hati la pulak.....


Maksudnye....

Iman dah lomah la ni... uhuk3

So, azam.... (Tiru aishah)

1. Tingkatkan amalan supaya iman meningkat. InsyaAllah

2. Rahsia (Tiru lagi)

3. Harta di tangan bukan hati....

4. Dll...

pak lang - hmmm.......

Thursday, February 18, 2010

tak mau sama cam pak cik... nak jadi berat mulut...

Tak mau ikut pak cik........................................ tapi InsyaAllah buat sume tu cuma bukan sbb pakcik, untuk redhaAllah..

tapi nak beratkan mulut daripada........

mengata orang

cakap benda2 lagha

mengumpat orang

menyanyi

melalak

memaki

mengeji

mengarut

melalut

dan benda2 yg Allah x suka.....

hmmmm..............



Friday, February 12, 2010

Fadhilat membaca surah Al-Mulk

Sumber - http://nursyirah.wordpress.com

SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya. Di akhirat kelak, mereka yang kufur ingkar akan mendapat balasan azab yang amat buruk dan menggerunkan. Mereka yang mentaati Allah akan mendapat keampunan dan balasan yang sebaik-baiknya.

Terdapat banyak hadis Rasulullah s.a.w. yang menyatakan tentang fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Mulk ini. Di antaranya diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi, An Nasa’i dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

Daripada Ibnu Abbas r.a., seseorang sahabat Rasulullah s.a.w. menceritakan ia telah mendirikan khemah di atas kubur yang beliau tidak ketahui. Dari kuburan itu beliau terdengar suara orang membaca surah Al-Mulk sehingga khatam; beliau lalu menemui baginda dan berkata: “Wahai Rasulullah, saya dirikan khemah di atas sebuah kubur yang saya tidak ketahui, saya mendengar seorang sedang membaca Surah Al Mulk sehingga khatam.”

Maka Nabi s.a.w. bersabda: “Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”

(HR At Tarmizi)

Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.

(HR At Tarmizi)

Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)

(HR At Tabrani)

An-Nasa’i juga meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang membaca Surah Al Mulk setiap malam maka Allah mencegahnya daripada azab kubur.”

Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.

Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”

Ya Allah ! Selamatkanlah kami daripada azab-Mu dengan keampunan-Mu..

Satu perkongsian

http://satuperkongsian.wordpress.com


Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...