Tuesday, January 25, 2011

Isteri Mengandung, Suami Bersabarlah !


source :

Selamat bertemu kembali. Baru - baru ini saya ada terserempak dengan seorang kenalan lama. Teruja dengan pertemuan yang tidak disangka, lebih - lebih lagi saya pernah diberitahu oleh seorang rakan yang beliau telahpun mendirikan rumahtangga tiga bulan lepas ( tapi saya tak dijemput pun ). Lantas saya bertanya kepadanya.
" Macamana life lepas kahwin ni, best kan ? Tanyaku.
Dia tersenyum. Wajahnya berseri. " Mestilah best, ada orang jaga. Lebih - lebih lagi aku tak lama lagi nak jadi ayah. Tapi..." Wajahnya bertukar muram.
" Tapi apa ? Ada yang tak kena ke ? " Hairan, tadi ceria, sekarang wajah dah macam cuka.
" Sekarang ni tiap - tiap malam aku tidur kat rumah kawan. " Ujarnya perlahan - lahan.
" What ? Tidur rumah kawan ? Eh, tak kesian ke kat isteri tu ? Kan dia tengah mengandungkan anak awak. Kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu tau ! " Geramnya kat mamat ni.
" Macamana aku nak tidur kat rumah. Bini aku tengah meragam tak boleh dekat dengan aku. Bila aku dekat dia kata busuklah, nak muntahlah. Ditolak - tolaknya badan aku. Daripada bergaduh, baik aku keluar tidur rumah member. " Jelas kawanku itu.

Dialog di atas selalu juga kita dengar kan ? Kalau tak berlaku pada diri sendiri, ia mungkin berlaku kepada adik beradik kita ataupun pada kawan - kawan kita. Sebenarnya isteri mengandung dan meragam memang tidak boleh dipisahkan. Ibarat lagu dan irama, laut dan pantai. Cuma setiap orang yang mengandung adalah berbeza - beza ragamnya. Ada yang pada peringkat awal mengandung ( 4 bulan pertama ), tidak boleh menghidu sebarang bau terutamanya bau masakan atau benda bergoreng, malah bau sabun dan minyak wangi pun boleh dikata busuk ! Ada yang sampai tidak boleh menghidu bau badan suami, teringin makan yang pelik - pelik ( yang susah nak cari ), ada yang 4 bulan pertama pening macam duduk dalam kapal, rasa beralun - alun dilambung ombak, bergerak sikit je dah muntah. Ada juga dalam 4 bulan pertama selalu rasa nak tidur. Pukul 10 pagi dah mengantuk terutamanya bila berada di ofis dan beraircond.
Tapi selalunya ragam perempuan mengandung ni akan hilang selepas empat bulan. Selepas itu mereka akan cergas semula melakukan kerja - kerja harian ( tapi bukan yang berat - berat ). Sehinggalah ke bulan ketujuh di mana perut dah semakin berat dan semuanya berasa tidak kena, tidur dah tak lena, badan sakit - sakit dan kaki berasa lenguh. Ketika itu mungkin perempuan mengandung akan marah - marah tanpa sebab.
Ada juga perempuan yang bertuah, tidak pernah meragam semasa mengandung walaupun sehingga mengandung anak kelapan. Ada juga yang meragam bermula dari saat mengandung sehinggalah ke saat melahirkan. Namun mereka ini ada satu dalam seribu.
Walau bagaimanapun kerenah mereka, saya harap para suami bersabarlah. Selalunya mak ayah si suami akan menasihatkan anak mereka supaya banyak - banyakkan bersabar. Isteri anda bersusah payah mengandungkan zuriat anda dengan seribu kepayahan dan kesakitan. Dan anda sepatutnya menolong meringankan kepayahan mereka setakat yang terdaya. Janganlah bandingkan ragam isteri anda dengan isteri orang lain kerana setiap wanita tidak sama.
Dan untuk para isteri, janganlah terlalu ikutkan perasaan ketika meragam. Berpada - padalah pada setiap tindakan. Ada kawan saya pernah bercerita tentang seorang wanita yang bukan sahaja tidak boleh menghidu badan suami, malah sering memukul-mukul, memaki hamun, dan menghalau suami dari rumah. Sudahnya, selepas habis pantang, beliau terpaksa menghadapi krisis rumahtangga kerana suaminya ada wanita lain yang dijumpainya ketika isterinya meragam. Anda juga yang rugi, kan ? Kalau teringinkan sesuatu, pastikan barang itu senang untuk dicari. Janganlah terlalu turutkan hati sehingga suami terpaksa mencarinya merata - rata hingga perlu masuk ke dalam hutan. Kalau apa - apa berlaku kepada suami, tentu anda menyesal, kan ?
Zuriat adalah kurniaan dan rezeki yang tidak terhingga daripada Allah. Saat - saat ketika mengandung adalah pengalaman yang terindah buat kita. Baik isteri mahupun suami bersama - samalah kita menempuh saat - saat itu dengan penuh kesabaran dan keimanan. Agar zuriat kita nanti mampu menjadi anak yang soleh dan solehah sebagaimana yang kita impikan.

Wednesday, January 19, 2011

Boria USIM... patutkah?

Berat rasa hati ni....

Paklang ni belajar kat UPM.
tapi sejak dulu lg rasa sangat teringin nak menjadi sebahagian dari institusi yang bergelar islamic university macam UIA dan USIM ni.

tapi, entah lah. hati ni rasa sedikit terluka dengan macam2 perkara yg terjadi ni. dan melihat mahasiswa/siswi yg belajar di sana. paklang tak salahkan sapa2.. sbb orang yg masuk universiti semuanya dah besar2, pandai dan boleh berfikir dengan baik.

bukan apa, dengan adanya perkataan "islam" di dalam nama universiti tersebut sudah memberikan rasa hormat pada diri orang luar seperti paklang ni.
Tapi, program seperti ini sedikit sebanyak mengguris hati paklang yang amat menghormati USIM ini.

Hmmm.....

Apa yang terjadi, sudah terjadi. Cuma apa pengajaran yang kita dapat dari kesilapan ini.
Yang di kritik di harap jangan melenting... kerana paklang sayangkan USIM. dan UIA dan institusi yang seangkatan dengannya.

Diharapkan agar dapat mempertahankan nama "islam" yang ada di nama USIM ini. biar apa pun orang kata.


Bak kata pepatah,

GENGGAM BARA BIAR SAMPAI JADI ABU.....

sekali sudah nama 'islam' dicatatkan, pertahankan biar pun apa pun risikonya.
Kerana harus di ingat, agama ISLAM itu sendiri untuk di tegakkan telah mengalirkan darah ramai para sahabat, dan terutamanya nabi junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW. Jadi, janganlah sewenang-wenangnya kita berlepas tangan kerana mahu tidak mahu, kita pasti akan dipersoalkan di akhirat kelak.

Wallahua'lam.

Pertandingan mengutip duit syiling dalam semak...



Hmm... apa nak dikatakan...

SEDIH!!!! mungkin itu je la kot perkataan yg patut paklang kata.
baca berita pagi tadi pasal orang berebut-rebut kutip duit syiling bertabur atas jalan.

yang x baca lg baca kat sini.


Yang kapir2 x payah la nak cerita. halal ke haram sama je.
tapi, orang kita pun ramai. islam tu...
jahil sangat ke sampai itu pun x tau. kelabu biji mata kot tengok banyak sangat duit syiling atas jalan, dan celah rumput pun ada yg selongkar abis.

pastu yg dah kawin bagi anak bini makan guna duit tu.
pastu tumbuhlah dan suburlah daging2 dalam badan dgn duit haram.

Nanti Allah tanya, apa nak jawab???????

Hmmm.................


Bila cam ni teringat pulak kes eksiden kat kampung paklang lama dulu.
Lori bawak beras terbalik tepi jalan.

habis beras2 kat situ orang kampung angkut. Dan ada dengar cerita, buat kenduri pun pakai beras tu.

Astaghfirullah.... Ya Allah, maafkan lah kami. Berilah petunjukMu pada hamba2Mu ini. Sesungguhnya kami jahil. bantulah kami Ya Allah. amin.

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...