Monday, September 14, 2009

Al-Hadith : Mencari Lailatul Qadar

Reminder from: Taman2Syurga Yahoo! Group Title: Al-Hadith : Mencari Lailatul Qadar Date: Monday September 14, 2009 Time: 2:00 pm - 3:00 pm

Notes: Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh
hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah
lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari
bulan Ramadhan"

(Riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat
Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam
tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke
28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu
sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari
lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."

(Muttafaq 'alaih)

Thursday, September 10, 2009

Kesibukan yang menyibuk...

Kesibukan dunia ni semakin menyibuk dalam urusan dunia paklang.

Arghh.. Persetankan dengan semua tu.

Paklang nak menyibukkan diri dengan urusan akhirat. Hanya tinggal 10 hari je lagi.. 10 hari yang sangat bermakna. 10 hari yang yang mungkin dapat menentukan nasib kita di sana. 10 hari yang mungkin tidak lagi kunjung tiba jika umur tidak sepanjang mana...

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan. Tanpa-Mu kami lemah, kami tak ada daya upaya. Bantulah kami Ya Allah.. Amin...

Wednesday, September 2, 2009

Huh.. Anak sape sepak cermin mata aku ni??

Dan.... macam biasa la Pak lang pi solat tarawih..

Nak buat camne kan, baju takde poket. Kalau ada pun poket atas dan letak spek mata pun jatuh jugak. So, letak je lah kat atas sejadah...

Angkat takbir dan solat la kan ikut imam........

Piu..... Terpelanting spek pak lang kena sepak ngan sorang budak ni. Dia berlari kat depan orang solat. Nasib baik tak jauh sangat..

Dah la iman pak lang ni 'suam2 air suam je' , terasa panas la jugak (ish3.. solat pun pak lang leh jadi camni lg. Astaghfirullahalazim...).

So, sape nak di persalahkan?

A - Budak tu
B - Bapak budak tu
C - Pak Lang (cuai, ye ke?)
D - Sape2 pun tak salah..

Pak lang - Salah Tokey Wong pajak gadai... (Versi - baik punya cilok)

Doa seorang sahabat...

Wahai org yg beriman,berimanlah kamu
Wahai sahabatku, mari kita beriman sebentar...

banyak2 doa pada Allah..
"Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayat-Mu kepada kami, sipulan2 berkenaan, org yg telah kami jumpa, org yg akan kami jumpa, org yg tidak kami jumpa di seluruh alam.sesungguhnya kami memohon belas ihsan dan rahim-Mu ya Allah. Sesungguhnya kami makhluk,usaha kami makhluk, ibadat kami makhluk, doa kami makhluk..takda daya upaya ya Allah.Hidayatkanlah kami ya Allah. Amin"

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...