Monday, September 14, 2009

Al-Hadith : Mencari Lailatul Qadar

Reminder from: Taman2Syurga Yahoo! Group Title: Al-Hadith : Mencari Lailatul Qadar Date: Monday September 14, 2009 Time: 2:00 pm - 3:00 pm

Notes: Daripada Aisyah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu beri'tikaf dalam sepuluh
hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau s.a.w. bersabda: "Carilah
lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir dari bulan Ramadhan."

(Muttafaq 'alaih)

Daripada Aisyah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Carilah lailatul-qadri itu dalam malam ganjil dari sepuluh hari terakhir dari
bulan Ramadhan"

(Riwayat Bukhari)

Daripada Ibnu Umar r.a., bahawasanya beberapa orang lelaki dari para sahabat
Nabi s.a.w. diberitahu dalam impian mengenai tibanya lailatul-qadri iaitu dalam
tujuh yang terakhir (yang dimaksudkan ialah antara malam ke 22 sampai malam ke
28). Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: "Saya melihat impian-impianmu semua itu
sesuai iaitu pada tujuh yang terakhir. Maka barangsiapa hendak mencari
lailatul-qadri itu, hendaklah mencari-nya pada tujuh yang terakhir itu juga."

(Muttafaq 'alaih)

12 comments:

  1. Bersama mencari malam itu... Layakkah aku untuk itu? Maafkan hamba-hamba-Mu ini ya Allah.. Terimalah ibadat kami ya Allah... Amin.

    ReplyDelete
  2. Mmm...nak tanya, kalu bangun malam, tbe air kolah beku, atau hot dog yg dibeli semalam tbe2 beku, adakah itu tanda mlm tu lailatul qadr?

    ReplyDelete
  3. cmne lak kalo air dlm peti ais kat umah beku???

    p/s: hhhmmmmmm.........

    ReplyDelete
  4. Hmm.. itu tandanya ada budak nak kena ketuk dengan ais. Ada paham... =P

    ReplyDelete
  5. kalo hangpa berdepan situasi membeku cmtu..baik hangpa tobat cepat2..ckit hari lg hangpa pun nak kaku beku. tapi kalo susu beku dan bertukar menjadi keju..hmmm

    ReplyDelete
  6. Haa.. betuii la. tunggu la. tiga jumaat lagi.. Ntah2 hangpa akan.... Jeng3..

    ReplyDelete
  7. jeng3...

    paklang..
    selamat beraya
    =)

    jemput datang rumah..makan kueh...

    =)

    ReplyDelete
  8. tah.. sebuk la depa nk kawin..

    ReplyDelete

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...