Thursday, February 25, 2010

Rasullullah SAW, insan paling di cintai...

Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w: “Wahai Rasulullah! Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku.” Lalu Rasulullah s.a.w berkata:” Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri.” Umar pun berkata:” Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku.” Baginda berkata kepada Umar:”Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!”


pak lang - masih jauh perjalanan menuju kesempurnaan iman. Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang lemah ini.. Amin..

3 comments:

  1. ramai yg hanya cinta di mulut, tp tidak pada akhlak dan amalan

    aku-dlm proses

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, kita berusaha dan berdoa semoga Allah bagi kita kekuatan untuk membentuk akhlak dan amalan mengikut perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

    psk lang - juga dalam proses.

    ReplyDelete
  3. selawat dan salam utk junjungan besar rasulullah s.a.w...

    saye yg cute~~

    ReplyDelete

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...