Monday, August 31, 2009

Malam ni, malam merdeka.. nak gi lepak, mabuk2 sket...

7.45 pm

Pak lang pi Alamanda untuk menyelesaikan sedikit urusan. Pastu beli la barang sikit sebab kalau kat alamada ni, beli barang parking free je... hehe... Killing two bird using one stone (entah betul ke tak ayat ni.. bedal je).

SubhanAllah, pak lang takjub. Pemandangan yang pak lang tengok sgt menyentuh hati pak lang. Satu keluarga tengah solat maghrib kat bawah eskalator. Ayahnya menjadi imam. 3 anak lelaki kecil2 lagi di saf kedua. Dan ibu dan seorang anak perempuan kat saf ketiga. Begitu kyusuk diorang solat. Orang ramai tengok, tak pun jadi gangguan kat solat diorang. Pak lang tabik spring la.. =) Tgh pak lang jalan2 sambil tgk diorang, isteri sorang pak cik ni cakap kat laki dia,
"Elok la diorang nak sembahyang, orang lain yang tak sembahyang ntah jadi apa tah".
Pak cik tu jawab "Ye la, surau konpem penuh lagi sekarang ni".
Pak lang setuju ja... Ye la, kalau pak lang sendiri rasanya takkan mampu nak buat macam family ni. "iman suasana" bak kata park chick. Tapi... pak lang tetap akan solat tau. Jgn pikir macam2. hehe...

Pak lang keluar dari alamanda dah dekat nak masuk Isyak. Masuk2 kereta je terus azan berkumandang kat radio.
"eh, dah masuk isyak la..." pak lang cakap dalam hati. Pak lang pun jadi F1 racer la kejap nak solat kat masjid putrajaya... Zoomm....

8.35 pm

Pak lang sampai kat masjid putrajaya. Banyaknye kereta.. Alhamdulillah... sume datang nak solat isyaki dan tarawih la ni. Sejuk hati pak lang (Walaupun keadaan cam ni hanya jadi di bulan ramadhan). Pak lang keluar kereta.. Imam dah start baca al-fatihah masa tu. Jauh la pulak kena parking ni... Pak lang pun berlari2 anak la sikit, rugi lak rasanya. Nak sampai ke masjid kena lalu bulatan taman besar...
Pak lang sedih...
Ada couple bagai tersumbat telinga, orang tgh solat la mangkuk...(ops.. sedikit emosi..)
Budak2 remaja jalan bertentangan ngan pak lang (bukan ke masjid la, ke taman)
Tak pe la, pak lang bersangka baik sikit, budak2 ini tertinggal songkok dalam kereta diorang, nak gi amik la tu... Pak lang pun masuk dalam masjid, solat isyak dan tarawih...

9.45 pm

Dah solat.. Pak lang pun balik la..
Lepak kat satu kedai makan ni.. Pekena nescafe sket..
Dengan angin malam yang sepoi2 bahasa tu memang best (Syahdunye..)
Tapi.. yang tak bestnya...
Tengah best2 hirup nescafe tu, datang la sorang budak laki ni.. Otai la kononnye.
Cakap ngan kawan dia.
"Malam ni malam merdeka la, nak gi mabuk2 sket.."
Pergh... berasap rasa hati dan telinga pak lang dengar.. Pastu dia terus blah.
Sikit je lagi, kalau tak makan batu dah budak tu. (Ops... sabar pak lang). Pak lang cuma berharap pak lang salah dngar dan cuma dapat berdoa agar budak tu cuma bergurau, dan Allah lindung budak tu dari benda2 haram tu.. Amin..

11.00 pm

Dah.. abis minum, pak lang balik la.
Nak tido.... Semoga pak lang dapat bangun awal sket.
Leh ibadat apa yang patut.. Besar ganjarannya..
Dan mudah-mudahan dapat jumpa malam Lailatulqadar nanti.
Nak mintak pada Allah supaya pak lang masuk syurga. Amin...

5 comments:

  1. takpa pak lang... meh laa sama2 doakan depa...

    moga Allah bagi hidayat kat depa...

    kalo dalam bab akidah kitab durul nafis... dinukilkan bahawa kita ni kena betul2 punyai akidah seorang hamba kpd Allah dan segala2 yg berlalu adalah atas kehendak Dia yg Maha Esa... maka dalam bahasa mudah... Allah itu penghukum... dan kita cuma pelaksana hukum... kita boleh tegur... tapi jgn bila depa tak berubah (lepas kita tegur)... kita rasa marah ke bengang ke... sebab hidayah itu milik Allah... Allah nak bagi kat sapa... terpulang pada-Nya... kita cuma melaksanakan suruhan-Nya saja... bagi nasihat... jgn banyak songeh... tapi kalo tak mampu nasihat... tak setuju dgn hati (selemah2 iman)... dan cuba selit dgn rasa simpati dan kasih syg... jgn lupa doa... "ya Allah... selamatkan laa aku, keluargaku, sahabat2ku, dan muslimin muslimat yg lain drp menjadi seperti mereka"

    p/s: eerr... bleh aku tau tarikh bila aku bleh mkn nasi minyak kat umah hg? :P

    ReplyDelete
  2. Iye.. InsyaAllah..
    Sama2 kita berdoa...

    Paklang - nanti la aku bgtau.. Raya ni aku nak pi rumah hang tau . Jangan pi mana2.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Wahai org yg beriman,berimanlah kamu
    Wahai sahabatku, mari kita beriman sebentar...

    banyak2 doa pada Allah..
    "Ya Allah, kurniakanlah taufik dan hidayat-Mu kepada kami, sipulan2 berkenaan, org yg telah kami jumpa, org yg akan kami jumpa, org yg tidak kami jumpa di seluruh alam.sesungguhnya kami memohon belas ihsan dan rahim-Mu ya Allah.Hidayatkanlah kami. Sesungguhnya kami makhluk,usaha kami makhluk, ibadat kami makhluk, doa kami makhluk..takda daya upaya ya Allah.amin"

    ReplyDelete

Islamic Calendar

Alhamdulillah....

Bersyukur kepada Allah S.W.T. yang memberi taufiq dan hidayah-Nya kepada kita. Dalam dosa dan kesalahan yang kita lakukan sehari-hari Allah tetap tidak mengazab kita yang masih hidup ini. Cuba bayangkan umat terdahulu, mereka berbuat maksiat, kejahatan dan sebagainya. Apa yang mereka dapat? Mereka diazab Allah dimuka bumi ini lagi.. Firaun, tenggelam dalam laut. Qarun, disedut kedalam bumi bersama hartanya. Semua telah di ceritakan dalam Al-Quran, untuk kita ambil ikhtibar. Sedarlah...... Allah masih memberi kita peluang, gunakanlah sebelum terlambat. Janganlah sudah di dalam kubur baru menyesal. Penyesalan itu dah tak berguna lagi...